Saya menghadapi masalah log masuk dengan ID Astro saya. Apa yang patut saya buat sekarang?
Sila pastikan anda telah memasukkan Astro ID dan kata laluan yang betul. Jika anda tidak ingat kata laluan, sila gunakan fungsi “terlupa katalaluan” untuk menetapkan semula kata laluan anda.
Jika isu masih berterusan, anda boleh menggunakan borang maklum balas kami di sini. Ikuti langkah dibawah:
Pilih jenis Maklum Balas: Isu Teknikal
Pilih jenis Isu: Saya ada pertanyaan/isu berkenaan aplikasi
Kemudian, sila pilih jenis aplikasi yang anda sedang hadapi kesukaran log masuk dan hantarkan borang. Kami akan menghubungi anda dalam masa 48 jam.
Peringatan: Untuk menggunakan Astro GO, My Astro, dan aplikasi penstriman dari rakan kami yang tertakluk di dalam langganan anda, Astro ID anda perlu dipautkan dengan akaun Astro. Sila rujuk langkah di sini untuk memautkan Astro ID dengan langganan Astro anda.