Frequently Asked Questions
Astro GO ialah aplikasi teman penstriman percuma untuk semua pelanggan Astro bagi menikmati rancangan dan saluran kegemaran mereka pada telefon pintar, tablet, dan komputer mereka - pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja di Malaysia. Pelanggan Astro dengan langganan Pay-TV yang aktif boleh memautkan akaun mereka untuk menonton saluran atas permintaan dan saluran TV sepadan yang tersedia pada Astro GO sebagai sebahagian daripada langganan mereka.
Astro GO adalah eksklusif untuk pelanggan Astro sahaja. Untuk mengaksesnya, sila pastikan anda telah mencipta Astro ID dan memautkannya kepada Akaun Astro anda. Jika anda belum menciptanya, anda boleh rujuk di sini.
Setelah mencipta Astro ID, anda boleh mengakses Astro GO melalui:
- Aplikasi Astro GO
- Klik di sini untuk memuat turun aplikasi Astro GO pada peranti anda. Sila pastikan anda memuat turun versi terkini untuk menikmati ciri-ciri baharu.
- Untuk peranti Huawei, buka Galeri Aplikasi untuk memuat turun aplikasi Astro GO. Peranti dan sistem operasi yang disokong pada masa kini ialah:
- Sokongan Peranti: Huawei P40
- Keperluan platform: EMUI 10.1 & lebih tinggi
- Astro GO pada pelayar web
- Astro GO juga tersedia untuk penstriman secara langsung melalui komputer atau komputer riba anda di astrogo.astro.com.my
- Cipta Astro ID dan kaitkan ID anda dengan memautkannya kepada Akaun Astro anda.
- Selepas melancarkan aplikasi Astro GO, anda dikehendaki untuk log masuk dengan Astro ID anda. Jika anda tidak mempunyai Astro ID, sila ikuti langkah di bawah untuk menciptanya.
Astro GO adalah aplikasi sampingan percuma yang disediakan kepada semua pelanggan Astro dan membenarkan sehingga 2 pengguna untuk strim secara serentak. 200 jam rakaman awan akan disertakan bersama langganan Pay TV*.
Astro GO+ adalah servis tambahan yang membolehkan sehingga 4 pengguna menyaksikan Astro GO dan Multiroom Smart TV** secara serentak. Jumlah storan rakaman awan juga akan ditingkatkan sehingga 1500 jam.
*Rakaman awan dikongsi bersama-sama Astro Box, Astro GO dan Multiroom Smart TV
**Jika anda mempunyai langganan Multiroom Smart TV
Pada masa ini Astro GO hanya boleh didapati di Malaysia. Anda tidak akan dapat mengaksesnya jika anda berada di luar negara.
Akses anda ke Astro GO akan bergantung pada pek langganan yang anda langgan. Tidak semua rancangan/saluran boleh didapati di Astro GO kerana bergantung pada hak kontrak dengan garis panduan khusus tentang kelayakan rancangan/saluran ini. Kami terus bekerja keras untuk menjadikan lebih banyak rancangan boleh didapati pada Astro GO.
Anda boleh menavigasi di sekitar menu pada bar sisi pada aplikasi Astro GO, atau bar atas pada versi web Astro GO untuk mencari rancangan yang tersedia.
Mobile - Astro GO App
Panduan Menu
- Home: Check out all the recommended content or watch your subscribed TV channels via the Channel Guide at the bottom of your home screen.
- Catch Up: Missed an episode of your favourite series? Fret not, Catch Up on the latest episode of your favourite shows on Astro GO.
- Boxsets: Tonton musim dan siri yang lengkap daripada 'On Demand library' kami pada bila-bila masa di mana-mana sahaja.
- Movies: Tonton filem yang terkini dan popular pada peranti anda! Anda boleh mencapai katalog besar filem On Demand, mengikut langganan anda.
- Kids: Tonton semua kartun, animasi dan pelbagai rancangan kanak-kanak untuk semua peringkat umur.
- Sports: Tonton rancangan sukan terbesar LIVE pada peranti mudah alih anda, pada bila-bil
- a masa di mana-mana sahaja.
- Store: Selain daripada pakej langganan anda, anda juga boleh membeli dan menonton filem Pay-Per-View kegemaran anda dan rancangan eksklusif Astro yang lain (tidak boleh didapati di peranti iOS).