Bagaimana cara untuk memautkan Astro ID saya ke akaun Astro saya?
Selepas log masuk atau mencipta akaun baharu, anda akan diminta untuk memautkan Akaun Astro anda kepada Astro ID. Jika anda tidak mempunyai Astro ID, sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk mencipta satu dan memautkannya kepada Akaun Astro anda:
- Langkah 1: Klik “Create Now” pada halaman log masuk Astro ID
- Langkah 2: Masukkan nama, alamat e-mel atau nombor mudah alih, dan kata laluan pilihan anda
- Langkah 3: Masukkan nombor MyKad pemegang akaun diikuti dengan nombor akaun Astro atau nombor kad pintar (Smartcard). Rujuk Bil Astro anda untuk nombor akaun (10 digit)
- Langkah 4: Masukkan kod pengesahan 6 digit yang dihantar ke telefon mudah alih anda atau klik pautan pengesahan e-mel untuk mengesahkan
- Langkah 5: Selesai! Akaun anda telah berjaya dicipta dan dipautkan