Di mana saya boleh mengemaskinikan butiran perhubungan saya?
Anda boleh memuat turun Aplikasi My Astro atau melayari laman web My Astro untuk mengurus akaun dan maklumat anda. Anda juga boleh menukar maklumat perhubungan melalui TV menggunakan alat kawalan jauh. Ikuti langkah‑langkah di bawah:
A. My Astro App
Langkah 1: Log masuk menggunakan Astro ID anda
Langkah 2: Pergi ke tab Account dan pilih Profile
Langkah 3: Di bawah Mobile Number, tekan ikon edit
Langkah 4: Pilih kaedah pengesahan. OTP akan dihantar ke nombor mudah alih atau alamat e-mel berdaftar anda.
Langkah 5: Masukkan nombor mudah alih baharu dan tekan Next
Langkah 6: Masukkan OTP yang dihantar ke nombor baharu dan tekan Verify
Langkah 7: Pemberitahuan berjaya akan dipaparkan
B. Laman Web My Astro
Langkah 1: Log masuk menggunakan Astro ID anda
Langkah 2: Pergi ke butang Personal Info
Langkah 3: Di bawah Mobile Number, tekan ikon edit
Langkah 4: Pilih kaedah pengesahan. OTP akan dihantar ke nombor mudah alih atau alamat e-mel berdaftar anda.
Langkah 5: Masukkan nombor mudah alih baharu dan tekan Next
Langkah 6: Masukkan OTP yang dihantar ke nombor baharu dan tekan Verify
Langkah 7: Pemberitahuan berjaya akan dipaparkan
C. Ultra dan/atau Ulti Box
- Buka aplikasi My Astro pada skrin Utama dan anda akan dibawa ke papan pemuka akaun My Astro. Tekan butang kuning pada alat kawalan jauh Astro untuk menyemak "Butiran akaun" anda.
- Tekan butang tersebut untuk melihat “Maklumat peribadi”.
- Tekan butang kiri dan pergi ke ikon edit pada maklumat perhubungan peribadi, tekan "OK" untuk menukar maklumat perhubungan peribadi anda.