Di mana saya boleh mencari nombor akaun saya?
Anda boleh mendapatkan nombor akaun Astro anda dengan merujuk kepada sudut sebelah kanan atas bil Astro anda, yang mempunyai kombinasi 10 digit (cth: 08XXXXXXXX atau 09XXXXXXXX).
Cara lain untuk mendapatkan nombor akaun anda adalah melalui My Astro:
Aplikasi My Astro pada Ulti/Ultra Box yang telah disambung ke internet
1. Tekan "home"
2. Buka aplikasi My Astro pada Ultra/Ulti Box (ikon pintasan di sebelah ikon Tetapan pada skrin Utama, atau lancarkan aplikasi melalui barisan aplikasi)
3. Setelah aplikasi dibuka, tekan butang Kuning pada alat kawalan jauh Astro anda untuk memaparkan Butiran Akaun.
Aplikasi atau laman web My Astro
1. Muat turun aplikasi My Astro app atau layari laman web My Astro web
2. Log masuk dengan Astro ID anda
3. Anda boleh lihat nombor akaun anda di bahagian atas laman utama.
Sebagai alternatif, anda boleh mencari nombor akaun anda melalui bil (Bil kertas atau e-bil) Astro. Anda merujuk pada sudut kanan bahagian atas bil anda.
🔄 Nak urus langganan Astro anda dengan mudah?
📱 Muat turun My Astro app sekarang untuk:
- Urus langganan pek anda
- Dapatkan ‘add-on’ dalam beberapa minit sahaja
- Lihat maklumat kontrak anda