Skip to main content

Bolehkah saya memulangkan Ultra atau Ulti Box selepas caj kotak dikenakan ke atas saya?

Ya, anda masih boleh memulangkan semula peralatan Astro walaupun caj telah dikenakan. Anda boleh membuat pilihan pemulangan semula kotak seperti di bawah: -

  1. Kutipan di Rumah: Anda perlu membungkus sendiri kotak Ultra atau Kotak Ulti, Kad SIM ke dalam Pek Risalah yang dibekalkan oleh pihak kurier yang dilantik bagi dikembalikan kepada ejen semasa kutipan semula.
  2. Penghantaran Sendiri (Drop Off): Anda perlu membungkus sendiri Kotak Ultra atau Kotak Ulti dan Kad SIM ke dalam kotak sebelum dihantar ke mana-mana cawangan rakan kurier kami yang tersenarai.

Pengecualian caj ke atas kotak Astro hanya akan dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan Astro Box di Gudang kami dalam keadaan selamat.

Was this helpful?

Thanks for your feedback! Your response will help improve this page.

Try these alternatives: