Apakah perbezaan antara Pemindahan Pemilikan Peralatan, Gabungan Peralatan dan Pembahagian Peralatan?
Pemindahan Pemilikan Peralatan
Permintaan untuk memindahkan pemilikan peralatan daripada pemegang akaun sedia ada kepada pemegang akaun baharu.
Nota: Pemindahan Pemilikan Peralatan tidak berkenaan untuk akaun Astro Broadband (Maxis, TIME, Allo) dan NJOI
Gabungan Peralatan
Permintaan daripada pemegang akaun untuk menggabungkan peralatan daripada dua akaun berbeza ke dalam satu akaun, dengan syarat peralatan mesti berada dalam alamat perkhidmatan yang sama dan didaftarkan di bawah nama pemegang akaun yang sama.
Pembahagian Peralatan
Permintaan daripada pemegang akaun untuk membahagi peralatan daripada satu akaun kepada dua akaun berbeza dan didaftarkan di bawah nama pemegang akaun yang sama.