Apakah yang akan terjadi jika saya membatalkan pendaftaran SecureGo?
Jika anda memilih untuk membatalkan SecureGo, sila ambil maklum bahawa kaedah pengesahan anda tidak akan berbalik kepada SMS OTP dan transaksi anda tidak boleh disempurnakan tanpa SecureGo. Anda akan dimaklumkan untuk mendaftar semula SecureGo apabila anda perlu mengesahkan transaksi.
Untuk membatalkan pendaftaran, ikuti langkah ini:
Buka aplikasi My Astro, tap ikon gear pada bahagian kanan atas di skrin untuk pergi ke bahagian Urus. Tap SecureGo di bawah Tetapan.
Langkah 1: Tap butang SecureGo untuk membatalkan pendaftaran
Langkah 2: Tap Ya dan SecureGo anda akan dibatalkan.