Perkhidmatan Tergendala sebentar (SCNA) - Box berdefinisi tinggi (HD)
Jika mesej ralat pada TV anda mempunyai salah satu daripada kata kunci berikut:
- Siaran saluran terganggu buat sementara waktu disebabkan cuaca buruk.
- Servis Tengendela Sebentar
- SCNA
- (Kod: SCNA)
Anda boleh meneruskan dengan penyelesaian masalah di bawah jika cuaca baik. Jika tidak, anda boleh cuba lagi kemudian.
LANGKAH 1: Semak Keadaan Cuaca
Jika cuaca tidak baik, tunggu sehingga cuaca kembali pulih sebelum meneruskan.
LANGKAH 2: Akses STB Diagnostics
2a. Tekan butang Home pada alat kawalan jauh Astro anda.
2b. Pergi ke SETTINGS dan tekan OK.
2c. Pergi ke STB Diagnostics dan tekan OK.
LANGKAH 3: Semak Kekuatan Isyarat
Rujuk kepada kekuatan isyarat % yang dipaparkan di bahagian kiri skrin anda.
Jika 65% atau lebih tinggi, sila ambil tangkapan skrin dan hantar Borang Maklum Balas anda.
Jika di bawah 65%, teruskan ke LANGKAH 4.
LANGKAH 4: Matikan Kuasa Dekoder
Matikan kuasa dekoder anda dan pastikan lampu adapter terpadam.
STEP 5: Sambung Semula Kabel Satelit
Tanggalkan kabel satelit daripada dekoder.
Sambungkan semula kabel satelit dengan ketat.
LANGKAH 6: Hidupkan Semula Dekoder
Hidupkan semula kuasa dekoder anda dan pastikan lampu adapter menyala.
Tunggu selama 5 minit.
STEP 7: Hubungi Astro
Jika isu masih berterusan, sila maklumkan kepada kami melalui Borang Maklum Balas dan lampirkan gambar tab General daripada STB Diagnostics untuk bantuan atau hubungi kami melalui WhatsApp di 03-95433838.
Piring Satelit Berpusat
Jika Astro Box anda disambungkan ke piring satelit berpusat bangunan pangsapuri atau kondo anda dan masalah tersebut berterusan, sila hubungi Pengurusan Bangunan anda sebelum menghubungi ejen kami.