Skip to main content

Fungsi PVR tidak disediakan - Box berdefinisi tinggi (HD)

Jika anda menghadapi mesej ralat ini pada PVR box anda semasa cuba melakukan tindakan seperti merakam, menjeda (pause) saluran TV atau menonton rakaman, sila ikuti langkah-langkah di bawah.

‍Nota: Fungsi PVR hanya tersedia untuk pelanggan Astro dan tidak disokong untuk pelanggan NJOI.

Periksa sambungan cakera keras anda.

LANGKAH 1

Pada alat kawalan jauh, tekan butang "HOME" dan menu laman utama akan dipaparkan di bahagian bawah skrin anda.

LANGKAH 2

Pergi ke TETAPAN dan tekan "OK".

LANGKAH 3

Pergi ke STB Diagnostic dan tekan "OK".

LANGKAH 4

Dari tab "General", lihat Status HDD.

Jika status ialah "Connected", tekan butang merah untuk memulakan semula dekoder anda.

Tunggu sehingga Kotak dihidupkan, kemudian cuba rakam sebarang program.

Jika isu berterusan, sila laporkan isu ini melalui Borang Maklum Balaskami dan lampirkan gambar tab 'General' daripada STB Diagnostics untuk bantuan.

Jika status ialah "Not Connected", kemungkinan besar cakera keras dalam PVR box anda telah rosak.
Harap maklum bahawa PVR box adalah produk yang telah dihentikan, dan anda akan menerima Ulti atau Ultra Box sebagai pengganti.
Sila laporkan Borang Maklum Balas dan lampirkan gambar tab 'General' daripada STB Diagnostics untuk bantuan lanjut.

Was this helpful?

Thanks for your feedback! Your response will help improve this page.

Try these alternatives: