Saya telah membuat bayaran pendahuluan semasa mendaftar, apakah yang perlu saya bayar pada bulan pertama?
Dalam bil Astro pertama anda, bil bulan pertama akan ditolak sewajarnya tidak termasuk cukai. Anda masih perlu membayar amaun cukai penuh untuk bulan pertama anda mengikut bil bulan pertama anda.
Nota: Bayaran pendahuluan hanya dicaj untuk pembelian pek Astro TV. Jika anda melanggan pakej Astro Fiber + TV, hanya satu bulan yuran langganan TV anda (tidak termasuk cukai) perlu dibayar semasa mendaftar. Amaun cukai penuh dan yuran langganan bulan pertama untuk Astro Fiber akan dibayar pada bil bulan pertama anda.