Bagaimanakah saya boleh mula menonton Astro GO sebaik sahaja pembayaran saya disahkan?
E-mel Astro GO anda akan dihantar kepada anda dalam masa sejam selepas pembayaran. Sila klik pautan yang disediakan untuk menetapkan kata laluan anda dan memuat turun aplikasi Astro GO pada peranti anda dengan mengklik di sini(Google Play Store) atau di sini (iOS App Store). Jika anda ingin menstrimnya terus melalui komputer atau komputer riba anda, Astro GO juga boleh didapati di astrogo.astro.com.my. Log masuk dengan ID Astro anda dan mulakan penstriman!