Saya tak ingat nama pengguna, e-mel atau nombor telefon bimbit saya; bagaimana cara untuk saya log in?
Jika anda tidak ingat mana-mana maklumat ini, ikuti langkah-langkah di bawah:
- Langkah 1: Lawati https://id.astro.com.my/ dan klik “Forgot Astro ID?”
- Langkah 2: Masukkan Nombor Akaun atau Nombor Kad Pintar (Smartcard) anda. Jika anda tidak pasti di mana untuk mendapatkannya, klik pada “Where to find your Account/Smartcard Number”.
Nota: Hanya pelanggan Astro yang Astro ID mereka telah dipautkan kepada langganan boleh mendapatkan semula Astro ID melalui kaedah ini. Jika tidak, anda perlu mencipta akaun baharu.