Bagaimanakah cara untuk saya tahu saya di peringkat mana?
Secara umumnya, peringkat Astro Rewards adalah berdasarkan tempoh anda sebagai pelanggan aktif perkhidmatan TV berbayar Astro:
- Magenta: 0 - 2 tahun
- Silver: >2 - 9 tahun
- Gold: >9 - 15 tahun
- Diamond: >15 tahun ke atas
Ganjaran yang anda bakal terima adalah bergantung pada jenis peringkat yang anda langgani. Untuk pengetahuan anda, ini adalah ganjaran terkumpul dimana, jika anda berada di peringkat Diamond, anda juga layak untuk menikmati semua faedah daripada peringkat Magenta, Silver dan Gold.
Sebagai pelanggan Astro, anda boleh semak peringkat Astro Rewards anda melalui aplikasi My Astro app.
1. Muat turun aplikasi My Astro app
2. Login masuk dengan Astro ID anda
3. Pergi ke Ganjaran
4. Anda boleh semak peringkat anda di sini. Tekan peringkat anda untuk info lebih lanjut
Jika anda ingin batalkan perkhidmatan TV berbayar Astro tetapi berhasrat untuk melanggannya semula pada suatu tarikh, tempoh (tahun) anda bersama kami akan ditetapkan kepada status permulaan asal mengikut tarikh pengaktifan baru dimana peringkat Astro Rewards anda akan ditetapkan semula ke peringkat Magenta.