Kenapa saya tidak mendapat kelajuan maksimum berdasarkan pakej langganan saya (500/800Mbps) di telefon mudah alih/komputer riba saya?
Mengikut kebiasaan, masalah ini mungkin berlaku apabila peranti tidak dilengkapi dengan keperluan minimum di atas yang menyokong kelajuan Internet yang dilanggan:
- Teknologi WiFi
- Kad Rangkaian Antara Muka - Network Interface Card (NIC)
Namun, seperti yang dinyatakan di atas, adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa walaupun memenuhi keperluan minimum peranti, ia bukan jaminan bahawa peranti yang disambungkan ke WiFi akan dapat mencapai kelajuan Internet langganan yang maksimum disebabkan perkara berikut:
- Kualiti dan liputan isyarat WiFi yang kurang baik merentasi kawasan disebabkan:
- Jarak dari router (RGW)/Mesh AP dengan peranti yang bersambung
- Halangan dalam rumah (dinding, permukaan logam)
- Gangguan dengan perkakas isi rumah yang lain
- Jalur lebar yang sesak
- Jika terlalu banyak peranti bersambung ke rangkaian WiFi, maka jalur lebar mungkin terlebih muatan dengan trafik justeru, memperlahankan kelajuan
- Peranti disambungkan menggunakan WiFi berbanding disambungkan menggunakan LAN
- Penting untuk diambil perhatian bahawa sambungan berwayar menawarkan kebolehpercayaan dan kelajuan yang lebih baik berbanding WiFi.
- WiFi lebih cenderung terhadap gangguan berbanding dengan sambungan berwayar yang menyebabkan kelajuan berkurangan dan isyarat menurun.
- Kedudukan Router: Kebanyakan orang tidak menghiraukan kepentingan pemilihan tempat yang baik untuk router WiFi. Walau dengan anjakan kecil dalam kedudukan boleh menjadikan perbezaan yang sangat ketara
- Tinggi lwn. Rendah: Letakkan router setinggi yang boleh untuk memanjangkan julat penyiaran gelombang radio. Ini juga akan membantu melancarkan router dari sebarang kemungkinan gangguan.
- Konkrit & Logam: Pastikan router anda tidak dihalang oleh sebarang objek lain, terutamanya peranti elektronik. Elak dari menempatkan router anda di tingkat bawah tanah kerana kawasan ini selalunya ditutupi banyak konkrit, yang hampir tidak boleh ditembusi oleh isyarat WiFi.
- Jarak kepada Router: Semakin jauh jarak router anda, semakin lemah isyarat WiFi. Pilihan yang terbaik adalah untuk meletakkan router anda berdekatan dengan peranti anda, tetapi ini hanya praktikal jika anda mempunyai satu kawasan utama di mana anda cenderung menggunakan peranti anda. Jika tidak, anda boleh meletakkan router anda berhampiran dengan tengah rumah anda. WiFi dapat memancarkan isyarat dalam 360 darjah, jadi untuk meletakkannya di bucu rumah adalah tidak munasabah.
- Penggunaan
- Ada kemungkinan terdapat orang yang menggunakan rangkaian anda seperti rakan-rakan, rakan sebilik atau ahli keluarga yang mengambil bahagian dalam aktiviti lebar jalur yang berat seperti bermain permainan dan penstriman Ultra Box/Netflix.
- Jika ini berlaku, anda boleh mengutamakan trafik rangkaian anda sendiri dengan menghidupkan (enable) Mutu Perkhidmatan dalam tetapan router anda.
- Jika masalah ini berterusan, sila jalankan Ujian Ping/Ujian Traceroute dan lampirkan gambar atau tangkapan skrin kedua-dua keputusan ujian dalam Borang Maklum Balas di bawah, agar kami dapat menyediakan bantuan lanjut. Sila pastikan untuk melampirkan tangkapan skrin yang diperlukan dalam SATU fail (misalnya dokumen Microsoft Word, PDF, fail Imej) sebelum menghantar borang.
Nota:
Astro dan penyedia perkhidmatannya tidak akan memberikan sebarang jaminan untuk kesesuaian pada peralatan pelanggan (cth., Komputer Peribadi, Buku nota, pencetak) juga tidak memberikan penyelesaian masalah di premis untuk isu perkhidmatan WiFi yang berkaitan dengan peralatan pelanggan.