Apa itu Plug & Play Box?
Plug & Play Box Astro ialah kotak terkini kami yang membolehkan pengguna menikmati kotak Astro hanya dengan menyambungkannya ke TV dan Internet. Tiada lagi keperluan untuk menjadualkan atau membayar pemasangan. Dengan menyambungkan Plug & Play Box anda ke jalur lebar rumah, anda akan dapat melakukan perkara berikut:
- Tonton saluran anda di Internet. Tiada lagi ganguan siaran semasa hujan!
- Tidak akan terlepas lagi rancangan kegemaran anda kerana anda boleh menstrim acara LANGSUNG dari mula, atau hanya 'pause' dan menyambung semula program yang anda inginkan.
- Akses perpustakaan yang mengandungi lebih 65,000 buah video atas permintaan. Ikuti atau tonton episod penuh bila-bila masa yang anda suka.
- Capai rakaman anda pada bila-bila masa di TV atau aplikasi Astro GO melalui Rakaman Cloud.
Ciri-ciri lain merangkumi 'pause' pada TV dan teruskan tonton pada aplikasi Astro GO, keupayaan carian yang dipertingkat dan banyak lagi.