Tetapan Pemasangan Baharu - Box berdefinisi tinggi (HD)
LANGKAH 1
Pilih bahasa pilihan anda untuk kedua-dua Menu Language dan Info Language. Kemudian, tekan "OK".
LANGKAH 2
Pilih mod operasi dekoder anda dan tekan "OK".
LANGKAH 3
Pilih resolusi yang disokong oleh TV anda dan tekan "OK".
LANGKAH 4
Tekan "OK" untuk pergi ke skrin berikutnya.
LANGKAH 5
Sila pilih jenis LNB dan tekan "OK".
LANGKAH 6
Pilih ini sebagai Entry Point dan tekan "OK" untuk mengesahkan pilihan anda.
LANGKAH 7
Keputusan pembacaan isyarat untuk skrin Tuner 1 dan Tuner 2 akan dipaparkan. Kemudian, tekan "OK" untuk pergi ke skrin berikutnya.
LANGKAH 8
Pilih Ya, teruskan dan tekan "OK" untuk menyambung ke rangkaian Wi-fi.
LANGKAH 9
Sila tunggu sementara dekoder mengimbas rangkaian Wi-fi yang tersedia.
LANGKAH 10
Pilih rangkaian Wi-fi anda dan pergi ke "Sambung".
LANGKAH 11
Sila masukkan kata laluan untuk menyambung kepada rangkaian anda dan tekan "OK".
LANGKAH 12
Anda berjaya disambungkan apabila skrin ini muncul.