Box Tiada Menyala - Ultra /Ulti Box
LANGKAH 1
Periksa lampu adapter.
Jika lampu adapter menyala, sila rujuk pada langkah bantuan asas teknikal bagi masalah Tiada Paparan di sini.
Jika lampu adapter terpadam, sila "OFF" dekoder anda dari soket.
LANGKAH 2
Pastikan kabel elektrik disambungkan dengan ketat.
Pasangkan kabel elektrik kepada soket yang lain dan hidupkan soket .
Anda seharusnya tidak lagi mengalami masalah ini.
Jika isu berterusan, teruskan LANGKAH 3.
LANGKAH 3
Cuba gunakan soket lain untuk sambungkan peralatan.
Hidupkan soket dan periksa lampu adapter.
Jika lampu pada adapter tidak menyala, sila maklumkan kepada kami melalui Borang Maklum Balas bersama butiran kerosakan dan sediakan nombor kad sim anda untuk bantuan.
Sila nyatakan dalam borang jika berlaku panahan kilat/ribut petir/ terputus bekalan kuasa.