Adakah terdapat platform bil digital yang tersedia untuk memeriksa bil Astro saya?
Ya, terdapat lima platform bil digital yang tersedia untuk semua pelanggan bagi memeriksa bil Astro mereka:
A. My Astro app
1. Muat turun aplikasi My Astro app
2. Log masuk dengan Astro ID anda
3. Pergi ke Akaun > Bil
4. Anda boleh menyemak jumlah bil, buat bayaran, muat turun penyata bil, dan melihat sejarah pembayaran - semuanya dalam satu aplikasi
B. My Astro Web
Sebagai alternatif, anda juga boleh guna versi laman web My Astro
C. WhatsApp
Hanya WhatsApp "Hi" kepada 03-9543 3838 dan kemudian ikuti arahan untuk melihat bil anda, status akaun, membayar dan muat turun bil.
Nota: Anda perlu memberikan Nombor MyKad/Pasport anda untuk melihat bil anda, status akaun dan membayar bil. Untuk memuat turun bil, anda dikehendaki untuk menyediakan nombor Akaun/Smartcard anda.
Anda tidak boleh melihat sejarah pembayaran di WhatsApp. Untuk pengalaman pengurusan bil yang lebih baik (termasuk melihat sejarah pembayaran), muat turun aplikasi My Astro app.
D. Astro Quick Pay
1. Layari https://pay.astro.com.my
2. Masukkan Nombor Akaun Astro 10 digit anda dan ikuti arahan untuk melihat bil, status akaun, membayar bil atau menambah peringatan pada kalendar Google anda.
Nota: Anda tidak boleh muat turun bil atau melihat sejarah pembayaran melalui Astro Quick Pay. Untuk pengalaman yang lebih baik, sila muat turun aplikasi My Astro app.
E. IVR
1. Hubungi +603-9543 3838
2. Tekan 1 untuk pertanyaan akaun
3. Masukkan akaun Astro 10 digit anda atau MyKad 12-digit
4. Tekan 2 untuk Pembayaran dan Pengebilan
5. Tekan 1 untuk menerima SMS dengan baki bil andadan pautan pembayaran dalam talian
Nota: Anda tidak boleh muat turun bil atau melihat sejarah pembayaran melalui IVR. Muat turun aplikasi My Astro app untuk pengalaman pengurusan bil yang lebih lengkap.
F. Auto-Debit
Sebagai alternatif, sila daftar ke Auto-Debit dengan mengikuti langkah-langkah di sini untuk pembayaran mudah.
💳 Nak urus bil Astro anda dengan mudah?
📱 Muat turun My Astro app sekarang untuk:
- Lihat dan muat turun penyata bil
- Semak sejarah pembayaran
- Bayar dengan beberapa klik sahaja