Astro
New shows
Campaign Period
11 September 2025 - 31 December 2035
Pak Su Ammara
Menjelang tahun 2026, Astro membuka lembaran baharu dengan sebuah naskhah hebat yang benar-benar mengangkat konsep ‘Home of Drama’. Menerusi drama Pak Su Ammara, Astro terus komited menyajikan karya yang dekat di hati penonton sambil mengangkat bakat tempatan. Lebih istimewa, drama ini merupakan adaptasi daripada novel popular karya Marissa, menjanjikan jalan cerita yang sarat emosi dan penuh pengajaran.
Pak Su Ammara membariskan pelakon hebat seperti Ummi Nazeera, Que Haidar, dan Syazwan Zulkifli, bersama Zaleha Iman Zainal yang memegang watak Ammara.
Kisah ini mengangkat perjalanan Miza, seorang wanita tabah yang sanggup berkorban demi suami. Namun apabila pengkhianatan memusnahkan rumah tangga, Miza nekad meninggalkan Wafi demi mempertahankan maruah dan melindungi anak yang dikandung. Kebebasan bukan mudah, Wafi enggan melepaskan, malah terus mengawal dan memanipulasi hidup Miza.
Dalam perjuangan untuk bebas, Miza menemui kekuatan dan ketenangan melalui Pak Su Firdaus, seorang lelaki berhati mulia yang turut berdepan konflik sendiri, serta Ammara, seorang kanak-kanak istimewa yang hanya mahu rasa selamat. Di tengah cabaran penceraian, fasa iddah, dan stigma sebagai seorang janda, Pak Su hadir bukan kerana simpati, tetapi kerana cinta yang tulus dan keberanian untuk melindungi. Bersama-sama, mereka berjuang demi keadilan, keselamatan Ammara, dan peluang untuk bahagia semula.
Pak Su Ammara ialah sebuah drama penuh emosi tentang keluarga, maruah, dan peluang kedua—di mana cinta hadir dalam pelbagai bahasa, dan penyembuhan bermula apabila kita belajar untuk memahaminya.
- Ummi Nazeera sebagai Miza
- Que Haidar sebagai Pak Su Firdaus
- Syazwan Zulkifli sebagai Wafi
- Zaleha Iman Zainal sebagai Ammara
Saksikan drama penuh emosi dan air mata, Pak Su Ammara yang akan mula ditayangkan pada 5 Januari 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria.
Strim di Astro GO
Belum Melanggan Astro?
Langgan Astro One sekarang dengan harga serendah RM49.99/sebulan. Tertakluk pada terma & syarat.
Langgan Astro One Sekarang