Skip to main content
gbbth_sem-banner-768x432px-(1).png

Campaign Period

15 May 2026 - 12 May 2036

Astro Originals Good Boys Go To Heaven (GBGTH)

Good Boys Go To Heaven merupakan sebuah siri premium psychological thriller terbaru daripada Astro Originals yang pasti membuatkan penonton tidak senang duduk dengan jalan cerita penuh misteri, konflik dan emosi.


Diterbitkan oleh Astro Shaw dan diarahkan oleh Ariff Zulkarnain, Good Boys Go To Heaven membawa kisah gelap tentang kehilangan dan rahsia yang tersembunyi di sebalik sebuah tragedi yang mengejutkan.
 

 



Sinopsis Good Boys Go To Heaven (GBGTH)

 

Hidup Yasser berubah selamanya apabila anaknya dilaporkan hilang secara tiba-tiba. 
 

Kes ini bukan sahaja mengejutkan masyarakat, malah mencetuskan kemarahan awam. Namun keadaan menjadi lebih rumit apabila Yasser sendiri menjadi suspek utama. 
 

Tanpa alibi dan hubungan rumah tangga yang rapuh bersama isterinya, Dahlia, semua bukti seolah-olah menuding ke arahnya. Namun, adakah Yasser benar-benar bersalah?
 

Atau ada sesuatu yang lebih gelap sedang tersembunyi? 
 

Terdesak untuk membersihkan namanya, Yasser memulakan siasatan sendiri, membongkar satu demi satu rahsia yang membawa kepada senarai suspek yang mengejutkan.
 


Barisan Pelakon Good Boys Go To Heaven

 

Siri premium Good Boys Go To Heaven ini dijayakan oleh pelakon-pelakon hebat Malaysia: 

  • Beto Kusyairy sebagai Yasser 
  • Zahirah Macwilson sebagai Dahlia
  • Sky Iskandar sebagai Ustaz Reyhan 
  • Malek McCrone sebagai Zayd 
  • Firdaus Karim sebagai Bahamin 
  • Amerul Affendi sebagai Inspektor Kamal 
  • Amanda Ang sebagai Sarjan Leona  
  • Mila Mohsin sebagai Maureen 
  • Dai Fuad sebagai Nahar 
 

Episod

 

Drama Astro Originals Good Boys Go To Heaven disusun dalam 8 episod utama (dengan tambahan episod khas), antaranya:

 
  • Episode 1: A Good Boy
Pekan Kuala Makar digemparkan dengan berita kehilangan Ahyan, 8 tahun. Kebimbangan semakin meruncing, dan kes itu mendapat perhatian polis dan penduduk setempat yang menjalankan  usaha mencari besar-besaran.  Namun apabila mayat Ahyan akhirnya ditemui, rasa sedih  bertukar menjadi syak wasangka terhadap orang-orang terdekat dengannya. Walaupun terdapat beberapa suspek yang mungkin terlibat, siasatan mula mengarah kepada bapanya sendiri.
 
  • Episode 2: Web of Lies
Ditahan selama 24 jam, Yasser menjadi fokus utama siasatan polis. Inspektor Kamal percaya Yasser menyembunyikan sesuatu, dan menyoalnya secara intensif. Dahlia mempersoalkan penahanan suaminya, namun berdepan dengan persoalan tentang keberadaannya pada hari kejadian. Laporan penuh post-mortem yang baru dikeluarkan menimbulkan persoalan baharu dan membuatkan seorang suspek semakin diburu syak wasangka.
 
  • Episode 3: Trial by Fire
  • Episode 4: Presumed Guilty
  • Episode 5: The Boy in the Mirror
  • Episode 6: Original Sin
  • Episode 7: Marked by Blood
  • Episode 8: Monster  


Setiap episod membongkar misteri dan menguji persepsi penonton terhadap siapa sebenarnya pembunuh.

 

 

Kenapa Anda Perlu Tonton Astro Originals Good Boys Go To Heaven?

 
  • Karya penuh misteri dengan gaya penceritaan dan sinematik ala Netflix. 

  • Bawa isu sosial di bawah tema ‘toxic masculinity’ dan ‘child abuse’. 

  • Drama penyiasatan psychological thriller yang penuh emosi dengan plot twist. 

  •  Gandingan pelakon hebat tanah air, Beto Kusyairy, Zahirah MacWilson, Amierul  Affendi, Amanda Ang, Firdaus Karim.  

  • Dedah kisah gelap dan trauma yang mencabar persepsi penonton.

 

Kesimpulan 

 

Good Boys Go To Heaven (GBGTH) bukan siri premium jenayah biasa. Ia adalah pendedahan emosi gelap, penuh konflik dalaman dan misteri yang mencabar persepsi. 

Masukkan Good Boys Go To Heaven Astro wajib masuk watchlist anda.
 

Bila & Di Mana Nak Tonton? 

 

Good Boys Go To Heaven Astro mula tayangan pada:

8 Mei 2026 Astro GO, On Demand, Astro Citra & Astro Ria