Skip to main content
iruj-poster-acm-(1)_1.jpg

Campaign Period

21 April 2026 - 21 April 2036

Isteri Rahsia Ungku Jabbar

Isteri Rahsia Ungku Jabbar merupakan drama tempatan yang mengisahkan perkahwinan paksa antara Ungku Jabbar dan Nilam — seorang wanita yang menjadi mangsa keadaan akibat kesilapan Ungku Jiyyad (adik Ungku Jabbar) yang merogolnya. Terikat demi menutup aib keluarga, hubungan mereka bermula tanpa rela, namun perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang lebih kompleks dan penuh emosi.


 


Dalam setiap episod, penonton akan dibawa menyelami konflik rumah tangga mereka yang sarat dengan rahsia, luka silam dan kebenaran yang mula terbongkar. Nilam terperangkap antara cinta, dendam dan pengorbanan, menjadikan kisah ini penuh dengan ketengangan dan drama yang menyentuh perasaan.

 

Drama ini merupakan adaptasi daripada novel bestseller Badass Wife karya Mia Azwari dan diarahkan oleh pengarah tersohor Rashid Sibir. Dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Keith Foo, Harissa Adlynn, Ezaidi Aziz, Syad Mutalid, Hanna Faresha, Edaman, Dynas Mokhtar, Scha Elinnea, Datin Fadilah Mansor dan Azri Iskandar, drama ini menjanjikan penceritaan yang penuh emosi dan konflik.

 

Saksikan Isteri Rahsia Ungku Jabbar di Astro Ria (104), setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, atau strim dengan pek Astro One.